Friday, January 25, 2008

More info on LKSA

Pluck this article from mstar, dated 6th December 2007. I have reproduced the relevant information with regards to Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA) below. Now it seems to take approximately RM850m!!!

Read here on our older post.

----------------------------------------------------------------------------------

Mengenai Lebuhraya Kemuning-Shah Alam, beliau (Samy Vellu) berkata lebuh raya sepanjang 14.7km yang menelan belanja RM850 juta itu akan disiapkan dalam tempoh 24 bulan atau lebih cepat oleh Projek Lintasan Shah Alam Sdn Bhd.

Lebuh raya baru dengan tiga lorong dua hala itu akan bermula dari Persimpangan Kota Kemuning di Lebuhraya KESAS dan akan menyeberang ke arah timur laut melalui Jalan Bukit Kemuning, Jalan Mantap, Sungai Klang, Bulatan Jubli Perak, Landasan Keretapi Tanah Melayu di Jalan Parang dan Bulatan Selangor ke arah Lebuhraya Persekutuan (Laluan 2).

Ia juga mempunyai enam persimpangan bertingkat di Kota Kemuning, Jalan Bukit Kemuning, Seksyen 35, Bulatan Jubli Perak, Bulatan Selangor dan Laluan Kedua Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway Route 2).

Selain memberi kapasiti tambahan untuk menampung pertambahan lalu lintas, lebuh raya ini bakal mengubah laluan kenderaan serta mengurangkan kesesakan lalu lintas di Jalan Bukit Kemuning, Persiaran Budiman dan Persiaran Tengku Ampuan di Shah Alam.

Dua tol plaza akan dibina secara sistem terbuka dan maklumat lalu lintas terkini di lebuh raya itu nanti akan dihubungkan ke Pusat Pengurusan Trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia yang akan membolehkan pengguna lebuh raya mendapatkan maklumat trafik terkini secara "tepat masa" melalui laman web dan khidmat pesanan ringkas.

No comments: